2011-01-29

Cupcake tempahan

Saudari Anis dari Enstek, pelajar kolej KTT di Sepang, telah membuat jualan amal di kolejnya dari hari Isnin hingga Jumaat. Sepanjang tempoh itu, beliau telah menempah cupcake dari kami sebanyak 232 biji. Berikut adalah contoh cupcake yang telah ditempah.







Oleh kerana Cik Anis telah menempah dalam bilangan yang banyak, maka kami telah mempelbagaikan warna aising supaya jualan amal itu nanti penuh dgn warna2 yg berbeza. Dari maklumbalas yg kami terima, cupcake tersebut habis dijual pada setiap hari. Semoga Cik Anis dan rakan2nya berpuas hati dgn hasil kerja kami. Kami juga sgt senang berurusan dgn cik Anis.  Terima Kasih.



2011-01-21

Cupcake Hantaran

Sejak akhir2 ini, kami sering menerima tempahan cupcake untuk hantaran.  Terbaru cupcake ini ditempah oleh Intan Suhana, Kuarters KLIA untuk dijadikan hantaran perkahwinan kakaknya pada 22/1/2011 ini. Beliau menempah 16 biji cupcake jenis solo cup 2.5oz. Beliau meminta supaya cupcake ini dihias dengan tema warna biru. Agak sukar bagi kami untuk memikirkan hiasan yg sesuai memandangkan hiasan2 berwarna biru adalah agak terhad. Bagaimanapun, inilah hasil kerja kami. Harapan kami semoga Intan Suhana berpuas hati.




Testimoni :  '..cantiknya kak..ok la ni..'

Terima kasih Intan.



Cupcake Hantaran

Tempahan ini diterima daripada Nor Azila Mohd Sani,Kuarters KLIA untuk dijadikan hantaran pertunangannya pada 15/1/2011 yang lalu. Beliau menempah 25 biji cupcake jenis solo cup 2.5oz. Oleh kerana kehabisan bateri, kami tidak sempat mengambil gambar cupcake yg telah siap dihias. Gambar berikut adalah ihsan daripada Nor Azila, setelah kotak dihias sendiri mengikut tema warna pilihannya.



Terima Kasih Azila. Harap2 puas hati ya.

Testimoni :  '..ok kak.  Semua yang tengok,semua cakap cantik...'




2011-01-16

Tempahan baru

Tempahan ini diterima daripada Cik Anis, pelajar kolej di Sepang. Beliau menempah 25 biji cupcake untuk jualan amal di kolejnya.





Terima kasih Anis. Harapan kami Anis berpuashati dgn cupcake yg ditempah ini.


Edible Image Cupcake

Tempahan ini diterima daripada Norsahida Optometry untuk diberi kepada pelanggan setianya sempena majlis perkahwinan anaknya,Encik Anuar sekeluarga. 16 biji cupcake jenis solo cup size 'M' dengan edible image.









Terima kasih kepada Norsahida Optometry. Semoga berpuas hati dgn hasil kerja kami.
** Pelanggan yg dihormati, edible image ini bergantung kepada stok yang ada. Oleh itu,sekiranya pelanggan ingin menempah edible image tertentu,sebaik2nya hendaklah membuat tempahan 2 minggu lebih awal supaya dapat kami usahakan untuk mendapatkan image tersebut.




Hadiah untuk adik tersayang

Sempena hari lahir adik saya, Nurul Jannah yang ke 21, saya telah membuat sebiji kek chocolate moist untuknya.  Kek ini bukan untuk dijual kerana kami tidak mempunyai kepakaran membuat kek. Pengkhususan kami hanyalah membuat cupcake sahaja.


Selamat hari jadi Ana..Semoga panjang umur dan murah rezeki.


Produk Baru

Memandangkan kami di Asmah Cupcake sukakan saiz yg comel2,kami telah sepakat untuk mengeluarkan baby cupcake yg kecil dan comel. Ia sangat comel dan boleh dimakan dengan sekali suap sahaja.
Harga baby cupcake adalah seperti berikut:


Baby Cupcake

0 - 100 biji = RM 0.90
101 - 500 biji = RM 0.80
501 - 1000 biji = RM 0.70


Oleh kerana saiznya yg sangat comel, baby cupcake tidak akan dibungkus/pek satu persatu,sebaliknya ia akan diletakkan dalam kotak kek mengikut bilangan tertentu,bergantung kepada jumlah tempahan. Berikut adalah contoh baby cupcake.




BC 01


BC 02


BC 03


Sila hubungi kami untuk sebarang tempahan/pertanyaan. Untuk tempahan melebihi 200 biji, pelanggan diminta untuk membuat tempahan seminggu lebih awal.