2012-06-21

Cupcake Hantaran

Tempahan diterima daripada Pn. Mastura sempena majlis pertunangan sepupu suaminya pada 23/6/2012.
Design ini diberi oleh Pn. Mastura sendiri,yg diambil dari blog anisbakery.net. Beliau menempah 16 'L' size Choc Moist Cupcake + Vanilla Icing.



Terima kasih Pn. Mastura. semoga berpuas hati.

Cupcake Order

Tempahan diterima daripada Cik Nurul sempena majlis cukur jambul anak buahnya. Beliau menempah 150 choc moist cupcake dgn individual casing dan 2 kotak 16 'L' size choc moist cupcake..








Terima kasih Nurul..


Anniversary Cupcake

16 'L' Choc Moist Cupcake + Vanilla Icing



Terima Kasih kepada yang menempah, maafla terlupa nak ambil nama.

2012-03-14

Muffin Kembali Lagi..

Sudah lama rasanya tidak ada tempahan muffin..Kali ni,muffin ni ditempah oleh Pn. Rahimah sempena majlis perkahwinannya pada 3.3.2012 yang lalu. Beliau menempah sebanyak 1100 biji muffin dengan perisa vanilla, chocolate, strawberry, blueberry dan orange.








Muffin ini tidak dipekkan atas permintaan Pn. Rahimah kerana beliau telah ada packaging sendiri..berikut adalah contoh packaging Pn. Rahimah. Buat pengetahuan pelanggan, muffin kami tidak di pek dalam packing seperti dalam gambar di bawah. Kami menggunakan plastic packaging, maaf tiada contoh gambar. Bagaimanapun, pelanggan boleh request untuk menggunakan packaging seperti dlm gambar di bawah dengan extra charge sebanyak RM0.40..



Terima kasih Pn. Rahimah. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kami mohon maaf.

2012-03-04

Wedding door-gift cupcakes

Tempahan kali ini diterima daripada En. Annuar sempena majlis perkahwinannya pada 18/2/2012 yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Beliau menempah sebanyak 1000 choc-moist cupcake + vanilla aising, dengan design yang dipilih sendiri. Berikut adalah contoh cupcake yg telah siap.






















Terima kasih En. Annuar. Selamat pengantin baru dan semoga berkekalan ke akhir hayat.

2012-02-10

Strawberry Oreo Cheesecake

Kek ni adalah permintaan hati daripada owner Asmah Cupcake yg menyambut hari lahirnya pada hari ini..10/2/2012..Oleh kerana sangat sukakan warna merah, saya menambah strawberry sebagai penyejuk matanya..hehe




Untuk makluman pelanggan Asmah Cupcake,kami tidak menerima tempahan untuk kek bersaiz besar kerana tidak mempunyai pengalaman yg cukup,sekadar untuk makan sendiri bolehlah..pakej mampu,kek kan dah mahal sekarang..TETAPI  pelanggan boleh menempah oreo cheesecake ini dalam bentuk cupcake. Untuk info tentang harga, sila call/sms 013-3405131..

 

Wedding door-gift cupcakes

Tempahan ini diterima daripada Pn. Aty dari Salak Tinggi sempena majlis perkahwinan kakaknya pada 11/2/2012 ini. Beliau menempah 160 biji premium cupcake dengan 5 design yg dipilih sendiri. Berikut adalah contoh gambar cupcake yg ditempah.
















Terima kasih Pn. Aty kerana telah menempah kali kedua bersama kami. Semoga majlis perkahwinan kakak puan berjalan lancar.

2012-02-08

Premium Cupcake

Tempahan ini diterima daripada Pn. Hani dari Port Dickson sempena pembukaan kedai cermin mata beliau di sana. Beliau menempah 100 biji choc moist cupcake jenis premium. Berikut adalah contoh gambar tempahan beliau.


Terima kasih Pn. Hani. Sesiapa penduduk di Port Dickson yg ingin membuat cermin mata boleh berkunjung ke kedai beliau iaitu Adam Optometry.

2012-01-30

Wedding door-gift cupcakes

Pn. Nor telah menempah sebanyak 800 biji choc-moist cupcake dengan sedikit aising. Oleh kerana kehabisan bateri, hanya sedikit sahaja gambar yg sempat diambil.







VIP Cupcake




Terima kasih Pn Nor di atas kepercayaan yang diberikan kepada Asmah Cupcake.