2012-03-14

Muffin Kembali Lagi..

Sudah lama rasanya tidak ada tempahan muffin..Kali ni,muffin ni ditempah oleh Pn. Rahimah sempena majlis perkahwinannya pada 3.3.2012 yang lalu. Beliau menempah sebanyak 1100 biji muffin dengan perisa vanilla, chocolate, strawberry, blueberry dan orange.








Muffin ini tidak dipekkan atas permintaan Pn. Rahimah kerana beliau telah ada packaging sendiri..berikut adalah contoh packaging Pn. Rahimah. Buat pengetahuan pelanggan, muffin kami tidak di pek dalam packing seperti dalam gambar di bawah. Kami menggunakan plastic packaging, maaf tiada contoh gambar. Bagaimanapun, pelanggan boleh request untuk menggunakan packaging seperti dlm gambar di bawah dengan extra charge sebanyak RM0.40..



Terima kasih Pn. Rahimah. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan, kami mohon maaf.

2012-03-04

Wedding door-gift cupcakes

Tempahan kali ini diterima daripada En. Annuar sempena majlis perkahwinannya pada 18/2/2012 yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa. Beliau menempah sebanyak 1000 choc-moist cupcake + vanilla aising, dengan design yang dipilih sendiri. Berikut adalah contoh cupcake yg telah siap.






















Terima kasih En. Annuar. Selamat pengantin baru dan semoga berkekalan ke akhir hayat.