2012-02-10

Strawberry Oreo Cheesecake

Kek ni adalah permintaan hati daripada owner Asmah Cupcake yg menyambut hari lahirnya pada hari ini..10/2/2012..Oleh kerana sangat sukakan warna merah, saya menambah strawberry sebagai penyejuk matanya..hehe




Untuk makluman pelanggan Asmah Cupcake,kami tidak menerima tempahan untuk kek bersaiz besar kerana tidak mempunyai pengalaman yg cukup,sekadar untuk makan sendiri bolehlah..pakej mampu,kek kan dah mahal sekarang..TETAPI  pelanggan boleh menempah oreo cheesecake ini dalam bentuk cupcake. Untuk info tentang harga, sila call/sms 013-3405131..

 

Wedding door-gift cupcakes

Tempahan ini diterima daripada Pn. Aty dari Salak Tinggi sempena majlis perkahwinan kakaknya pada 11/2/2012 ini. Beliau menempah 160 biji premium cupcake dengan 5 design yg dipilih sendiri. Berikut adalah contoh gambar cupcake yg ditempah.
















Terima kasih Pn. Aty kerana telah menempah kali kedua bersama kami. Semoga majlis perkahwinan kakak puan berjalan lancar.

2012-02-08

Premium Cupcake

Tempahan ini diterima daripada Pn. Hani dari Port Dickson sempena pembukaan kedai cermin mata beliau di sana. Beliau menempah 100 biji choc moist cupcake jenis premium. Berikut adalah contoh gambar tempahan beliau.


Terima kasih Pn. Hani. Sesiapa penduduk di Port Dickson yg ingin membuat cermin mata boleh berkunjung ke kedai beliau iaitu Adam Optometry.

2012-01-30

Wedding door-gift cupcakes

Pn. Nor telah menempah sebanyak 800 biji choc-moist cupcake dengan sedikit aising. Oleh kerana kehabisan bateri, hanya sedikit sahaja gambar yg sempat diambil.







VIP Cupcake




Terima kasih Pn Nor di atas kepercayaan yang diberikan kepada Asmah Cupcake.

Edible Image Order

Tempahan ini kami terima dari Pn. Nor untuk majlis di butik barangan bayi miliknya di Tesco Seremban 2. Pn. Nor telah menempah sebanyak 260 biji choc moist cupcake. Berikut adalah sebahagian daripadanya.









Terima kasih Pn. Nor. Bagi sesiapa yang ingin mencari koleksi barangan baby seperti pakaian, aksesori, toys, hamper, stroller, push car dan sebagainya,bolehlah datang beramai-ramai ke butik baby touch di Tesco Seremban2. Terdapat pelbagai koleksi menarik dan limited design di sana.

2011-12-14

Edible Image Large Order

En. Azraai dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah menempah 400 biji cupcake dengan edible image sempena majlis perasmian bangunan Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim pada hari khamis 15/12/2011.

VIP Cupcake





Terima kasih En. Azraai kerana memberi kepercayaan kepada Asmah Cupcake.




Wedding door-gift cupcakes

Tempahan dari Pn. Dhia, Eka Matahari. Beliau menempah pakej budget cupcake tetapi beliau meminta supaya keknya ditinggikan sedikit dengan charge tambahan. Oleh kerana beliau menempah pakej, beliau juga mendapat 20 biji baby cupcake secara percuma.














Terima kasih Pn. Dhia. Harap puan berpuas hati.